Soalan-soalan yang kerap ditanya

Mencari jawapan kepada soalan-soalan kami yang paling biasa.

Bagaimana untuk menghantar wang

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar wang dari lokasi Ejen MoneyGram?
  1. Cari lokas
  2. Cari lokasi ejen MoneyGram berdekatan anda
  3. Bersedialah untuk melawat ejen anda
  4. Bawa maklumat yang berikut: 1
    • Untuk semua penghantaran:
      • I.D. anda
      • Nama penuh penerima anda yang sepadan dengan I.D. mereka 2 dan lokasi mereka
      • Amaun yang anda ingin hantarkan, termasuk bayaran
    • Jika menghantar ke akaun bank, anda juga memerlukan nama dan nombor akaun bank penerima anda1
    • Jika menghantar ke dompet mudah alih, anda juga perlu nombor telefon penerima anda berserta dengan kod dail antarabangsa
  5. Lengkapkan transaksi anda
  6. Jika diperlukan, lengkapkan borang penghantaran. Serahkan kepada ejen tersebut borang yang lengkap berserta wang (termasuk bayaran transaksi)
  7. Maklumkan penerima anda
  8. Simpan resit anda dan berikan nombor rujukan 8-digit kepada penerima anda untuk pengambilan. Wang yang dihantarkan ke akaun bank atau dompet mudah alih akan didepositkan secara langsung ke dalam akaun.

1Keperluan berbeza mengikut negara dan ejen. Sila bertanya dengan ejen MoneyGram tempatan anda untuk butiran mengenai proses dan prosedur mereka. 2Sila ambil perhatian, apabila melengkapkan borang penghantaran, nama penerima pada borang tersebut mestilah sepadan dengan nama pada ID yang ditunjukkan oleh penerima untuk menerima penghantaran.  Sebagai contoh, John D. Smith TIDAK sama dengan John David Smith.

Bagaimanakah cara untuk saya mencari lokasi ejen MoneyGram?

MoneyGram tersedia di lokasi-lokasi ejen seluruh dunia. Bagi lokasi ejen berhampiran anda, gunakan alat pengesan lokasi MoneyGram kami.

Berapakah kosnya untuk penghantaran wang dengan MoneyGram?

Bayaran MoneyGram berlainan mengikut lokasi penghantaran dan penerimaan dan amaun yang dihantar.

Berapa banyak wang yang saya boleh hantar?

Apabila menghantar ke lokasi ejen, amaun maksimum yang anda boleh hantar adalah kira-kira $10,000*.


*Keperluan berlainan mengikut negara. Had penghantaran atau penerimaan maksimum juga terpakai. 

Bagaimanakah cara saya membayar untuk penghantaran wang?

Kebanyakan ejen MoneyGram menerima wang tunai hanya untuk transaksi di lokasi ejen. Hubungi ejen anda sebelum lawatan anda untuk mengetahui kaedah pembayaran yang mereka terima.

Bilakah wang tersebut akan tersedia kepada penerima saya?

Wang biasanya tersedia untuk pengambilan tunai dalam masa beberapa minit selepas penghantaran telah berjaya dilakukan, tanpa mengira kaedah pembayaran yang digunakan.*
*Tertakluk kepada waktu operasi ejen dan keperluan pematuhan.

Apakah pilihan mata wang saya?

MoneyGram menawarkan pilihan mata wang untuk menghantar atau menerima wang dalam negara tertentu. Tanya ejen MoneyGram anda untuk maklumat penuh mengenai pilihan mata wang yang ada untuk transaksi anda.

Bolehkah orang yang menerima wang yang saya hantarkan memilih mata wang yang diterima?

Tidak. Jika negara yang anda hantarkan wang membolehkan wang untuk diterima dalam lebih daripada satu mata wang, sebagai penghantar anda akan memilih mata wang  mana yang akan diterima.

Bagaimana saya tahu mata wang apa yang tersedia untuk pembayaran di negara yang saya hantarkan?

Hubungi ejen tempatan anda untuk mengesahkan negara di mana anda akan menghantar wang untuk membenarkan wang yang diterima dalam lebih dari satu mata wang.

Apakah yang perlu saya lakukan jika penerima wang yang dihantarkan oleh saya mempunyai masalah menerima penghantaran?
  1. Pastikan mereka mempunyai Nombor Rujukan/Pengesahan.^
  2. Sahkan Penerima anda, bagi yang mempunyai pengenalan diri bergambar yang sah (ID), dan bahawa nama pada ID sepadan dengan nama yang anda berikan apabila menghantar wang.+  

1Sila ambil perhatian, nama anda pada rekod penghantaran mestilah sepadan dengan nama seperti yang tercatat di ID rasmi anda. 2Keperluan mungkin berbeza mengikut negara dan ejen. Sila bertanya dengan ejen MoneyGram tempatan anda untuk butiran mengenai proses dan prosedur mereka. Untuk bantuan lanjut, hubungi kami atau telefon 1-800-666-3947.

Menerima wang ke lokasi ejen

Apa yang saya perlukan untuk menerima penghantaran wang saya?

Anda perlukan perkara berikut untuk menerima penghantaran wang anda:

  • Pengenalan diri dikeluarkan kerajaan+ (ID) yang memaparkan nama sah anda+
  • Nombor rujukan - minta nombor rujukan dari orang yang membuat penghantaran wang kepada anda^
  • +Sila ambil perhatian, nama anda pada rekod penghantaran mestilah sepadan dengan nama seperti yang tercatat di ID rasmi anda. 

^Keperluan mungkin berbeza mengikut negara dan ejen. Sila bertanya dengan ejen MoneyGram tempatan anda untuk butiran mengenai proses dan prosedur mereka.

Bagaimanakah cara untuk saya mencari lokasi ejen MoneyGram terdekat?

MoneyGram tersedia di lebih 350,000 lokasi ejen di seluruh dunia jadi kita sebenarnya tidak begitu jauh. Bagi mencari lokasi ejen berhampiran anda, gunakan alat pengesan kami.

Bagaimanakah cara saya menerima penghantaran wang?
  1. Minta nombor rujukan yang berkaitan dengan penghantaran anda. Orang yang membuat penghantaran wang akan menerima nombor rujukan.
  2. Kunjungi lokasi MoneyGram. Jangan lupa untuk membawa nombor rujukan dan pengenalan peribadi anda*.
  3. Lengkapkan borang penerimaan di lokasi dan serahkan borang yang telah lengkap kepada ejen MoneyGram untuk menerima wang anda.

Anda mungkin dikehendaki untuk menyediakan pengenalan peribadi+, biasanya satu atau lebih daripada yang berikut:

  • Pasport
  • Lesen memandu
  • Kad pengenalan kebangsaan atau
  • Pengenalan dikeluarkan kerajaan

Anda juga mungkin dikehendaki untuk menyediakan bukti alamat.
Sila bertanya dengan ejen MoneyGram tempatan anda untuk format pengenalan yang boleh diterima, serta butiran mengenai proses dan prosedur mereka.
Keperluan berbeza mengikut negara dan ejen. Sila hubungi ejen MoneyGram tempatan anda untuk maklumat awal mengenai proses dan prosedur mereka.
*Sila ambil perhatian, nama anda pada rekod penghantaran mestilah sepadan dengan nama seperti yang tercatat di ID rasmi anda. 

Bilakah wang tersebut akan tersedia untuk pengambilan?

Wang biasanya tersedia untuk pengambilan tunai dalam masa beberapa minit selepas penghantaran telah berjaya dilakukan, tanpa mengira kaedah pembayaran yang digunakan.*
*Tertakluk kepada waktu operasi ejen dan keperluan pematuhan.

Anti pemancingan data

What is Phishing?

Pemancingan data adalah sejenis penipuan atas talian yang direka untuk mencuri maklumat peribadi anda, seperti:

  1. Nama-nama pengguna
  2. Kata laluan
  3. Butiran kad kredit atau
  4. Soalan dan jawapan rahsia

Pemancingan data selalunya dijalankan melalui emel dan menyamar sebagai emel yang sah dari MoneyGram. Pautan dalam emel membawa anda ke laman web palsu yang kelihatan seperti laman atas talian MoneyGram yang sah.  Adalah lebih baik untuk tidak klik pada pautan dalam emel. Jika anda ingin melawat laman web kami, taipkan alamat laman web kami ke dalam pelayar anda dan bukannya klik pada pautan emel.

Bagaimana saya dapat mengenal pasti pemancingan data?

Berikut adalah beberapa perkara untuk dikenalpasti jika anda mengesyaki telah menerima emel pemancingan data:

  • Pautan kepada laman web bertanyakan untuk mengesahkan maklumat akaun anda
  • Pautan ke laman web yang meminta akaun bank atau nombor kad kredit, nama pengguna dan kata laluan
  • Ancaman jika anda tidak mengesahkan maklumat akaun anda, akaun anda akan ditutup

Adalah amalan yang baik untuk tidak klik pada pautan disediakan dalam emel. Sebaliknya, taipkan alamat laman web secara terus ke dalam pelayar internet anda.

Bagaimana Saya Dapat Mengelak Pemancingan Data?

Cara terbaik untuk mengelak menjadi mangsa pemancingan data adalah dengan menyemak mesej emel yang anda terima secara berhati-hati untuk melihat sama ada ia suatu penipuan pemancingan data, dan untuk menyedari penipuan biasa
Adalah amalan yang baik untuk tidak klik pada pautan disediakan dalam emel. Sebaliknya, taipkan alamat laman web secara terus ke dalam pelayar internet anda.

Apa saya perlu lakukan jika saya menjadi mangsa Pemancingan Data?

Jika anda mengesyaki telah menerima emel pemancingan data, jangan meragui diri anda - laporkannya!
Kembali ke Atas

Kesedaran penipuan pengguna

Saya telah menerima emel dri MoneyGram yang meminta maklumat kewangan saya. Patutkah saya memberikannya?

Tidak. MoneyGram TIDAK akan menghantarkan emel tanpa diminta, yang memerlukan maklumat peribadi atau kewangan anda.
Jika anda menerima emel meragukan yang menyatakan mereka dari pihak MoneyGram, sila laporkan kepada kami agar kami boleh menyiasat. Juga, jika maklumat kewangan anda telah terjejas, kami cadangkan anda menghubungi institusi kewangan anda serta-merta.

Siapa yang boleh mengambil wang yang saya hantarkan?

Orang yang menerima penghantaran MoneyGram hendaklah mengemukakan dokumen pengenalan diri bergambar yang sah dan mengetahui maklumat mengenai penghantaran tersebut.
Untuk melindungi diri anda dengan lebih lanjut, simpan semua maklumat mengenai penghantaran wang anda secara sulit dan pastikan anda tahu kepada siapa anda hantarkan wang tersebut.

Apa yang boleh saya lakukan jika saya dan orang yang saya hantarkan wang menjadi mangsa penipuan?

Anda boleh menggunakan borang hubungan untuk melaporkan aktiviti penipuan dengan memilih Jenis Report Penipuan*. Sila sediakan butiran kejadian di dalam ruangan Komen.
*Jika anda mengesyaki penipuan pada transaksi yang masih belum diterima, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-800-926-9400 untuk membatalkan transaksi serta-merta

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai melindungi diri dari penipuan pengguna?

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Pencegahan Penipuan Pengguna kami. 
Masih ada soalan lagi? Lengkapkan borang hubungi kami untuk mendapatkan jawapan kepada soalan anda.
Kembali ke Atas